Saturday, August 1, 2009

marilah menjadi shabat yang baik





Selalu kita dengar,‘Berkawan Biar Seribu, Berkasih Biar Satu’. Sudah jadi fitrah tiap manusia, suka mempunyai kawan yang ramai. Eh..kenapa berkawan je boleh beribu. Apa kata kalau berkasih pun beribu-ribu? Oppss… rasanya kalau berkasih pun beribu mahu jadi Perang Dunia Ke Sebelas jadinya!
Kawan ketawa keliling pinggang, kawan menangis sukar dicari menunjukkan betapa berharganya memiliki kawan yang sejati. Namun, mungkin hanya segelintir daripada kita sahaja yang amat bertuah memiliki kawan atau sahabat sejati yang sanggup bersama di kala susah dan senang.
Sebelum kita berharap untuk menemui sahabat yang sejati, pastikan diri kita juga bersedia untuk menjadi seorang sahabat yang baik untuk kawan kita.
Mari kita renungkah sama ada kita telah menjadi sahabat yang baik………..

  • Memberi salam terlebih dahulu apabila bertemu.

  • Utamakan keperluan dan kepentingan sahabat dari kepentingan diri sendiri.

  • Memberi bantuan dan pertolongan yang diperlukan tanpa menunggu dia meminta.

  • Menyembunyikan segala rahsia sahabat.

  • Memberikan perhatian ketika sahabat kita bercakap dan tidak sekali mencelah ketika dia bercakap ataupun bersikap endah tak endah.

  • Tidak mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

  • Memanggil sahabat dengan nama atau panggilan yang disukainya.

  • Melahirkan kegembiraan apabila menerima pertolongan, hadiah atau jasa baik sahabat.

  • Tidak mengulang-ulang atau menyebut kesalahan atau keburukannya yang lalu.

  • Memberi nasihat terhadap kesalahan dan kelalaiannya. Tegur secara rahsia atau berhemah.

  • Sentiasa mendoakannya

  • Merasa gembira dengan kegembiraannya dan bersedih dengan kesusahannya.

  • Tidak berburuk sangka terhadap sahabat.
    Tidak mendesak atau memaksanya hingga dia tertekan.

  • Berterima kasih atas kebaikannya.

  • Semoga kita berjaya memimpin diri kita untuk mempraktikkan nilai murni sebagai sahabat yang baik.

    8 comments:

    Danil said...

    aku xda pon dlm gmbr kelas tu...
    kat s.alam tu... :(

    iwan said...

    ko x femes

    Anonymous said...

    daNIAL M.I.A

    hOT gILER YANG KANAN skali TU...

    Danil said...

    dulu time aku bermaharajalela kat kelas B da... :p
    hehe... kanan skali tu karot... :D

    iwan said...

    btol2...

    abid said...

    yukz....bujet comel...

    Anonymous said...

    gmb aku jek xder...huhhuhhuhh

    irwan said...

    kenapa la nilai2 murni ramai yg x praktikan..